Monday, 9 May 2016
Dekorasi Bajet
Ya! Kediaman Anda Akan Berubah Menjadi Cantik
Dan Menarik Tanpa Perlu Berbelanja Lebih. Ingin Tahu Caranya?
Daripada designer: Alam Anuar
Tempat: Bilik SOHO
Assalamualaikum dan salam sejahtera pemilik kediaman yang saya hormati,
Sebelum saya beritahu apa itu 77 teknik ini, izinkan saya menceritakan dua situasi yang pernah terjadi pada saya dan mungkin juga anda berkenaan membeli-belah barang-barang dekorasi ini.
Cuba kita lihat situasi ini.
Situasi A
Jimmy mempunyai RM300 untuk bajet dekorasi bagi mencantikkan ruang tamunya .Beliau membeli barangan dekorasi di sebuah kedai hiasan dalaman di ibu kota yang dekat dengan kediamannya. Apa yang terjadi, beliau hanya dapat membeli empat jenis barang sahaja di kedai tersebut.
Situasi B
Liza baru sahaja mula menjalankan bisnes dari rumah.Untuk itu, beliau setup bilik kerjanya untuk nampak selesa dan menarik. Beliau memperuntukkan RM300 untuk tujuan tersebut. Beliau mencadang untuk membeli di sebuah gedung hiasan dalaman di pinggir ibu kota. Apa yang berlaku, beliau dapat membeli lapan jenis barang untuk bilik kerjanya.
Kedua-dua situasi di atas mempunyai bajet yang sama. Tetapi, situasi B iaitu Liza dapat membeli barangan lebih daripada Jimmy. Kenapa ini boleh berlaku?
Kerana salah satu daripada teknik Dekorasi Bajet yang terdapat dalam ebook ini telah dipraktikkan oleh Liza, iaitu lokasi shopping. Dengan mengetahui lokasi membeli barangan dekorasi yang tepat, beliau dapat membeli lebih barangan dekorasi dan bakinya, beliau dapat membeli makanan untuk menghilangkan penatnya.
Itu Kalau Kesilapan Lokasi,
Tapi Pernahkah Anda Mengalami Cabaran Lain Seperti..
Rumah saya mempunyai ruang yang sempit. Beli perabot sedikit, takut kurang. Kalau beli lebih, takut sempit pula. Pening kepala dibuatnya. *Alam ada ubatnya :)
Barang hiasan lama, saya simpan begitu sahaja, kerana tiada tempat untuk meletakkannya. Hendak buang, sayang pulak. Akhirnya, terperap dalam stok mengumpul habuk. *Alam ada sistem untuk ini!
Perabot dan aksesori dekorasi saya sudah dibuang, kerana sudah buruk, rosak dan tiada nilai untuk dijual semula. *Anda terlepas duit di sini!
Hendak buat majlis dalam masa 3 hari, tapi perabot rumahku buruk dan calar-balar, mana sempat nak tukar dan membaikinya. *Alam ada magik untuk ini!
Tiada bajet besarlah untuk menghiasi rumah aku. *Jika tanpa guna wang sekalipun anda boleh menghias.
Ala, duduk rumah sewa, mana boleh hendak hias cantik-cantik nanti tuan rumah bising. Tapi, kalau hiasan itu bukan kekal, macam mana? *Alam ada teknik untuk rumah sewa :)
Siapa Saya Untuk Memberikan Anda
Idea Penjimatan Dalam Menghias Kediaman Anda?
Hi, saya Hazlam dan lebih dikenali sebagai Alam. Saya merupakan seorang designer, perunding, penulis dan pemilik syarikat Hazlam Anuar Design di Kuala Lumpur. Berada dalam industri design sejak tahun 2005. Selain itu, saya seorang penulis ebook Panduan Dekorasi dan buku Mudahnya Google SketchUp
Hazlam Anuar
Disebabkan keperluan asas dan keperluan lain semakin naik tahun demi tahun, ini tidak menjadi penghalang untuk kita mencantikkan kediaman kita, betul tak? Rumah yang memberikan kita perlindungan dan keselesaan setiap hari dan sepanjang masa perlulah juga nampak cantik dan berseri.
Di sinilah, Alam datang membantu anda, bagaimana untuk menghias kediaman tanpa memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, dengan sumber inspirasi dan kreativiti untuk mengatasi masalah ini, saya:
Memperkenalkan Ebook Dekorasi Bajet!
Mengapa Anda Perlukan Ebook Ini?
Anda perlukan inspirasi. Saya sudah kumpulkan 77 inspirasi dekorasi cara jimat . Anda cuma pilih sahaja. Hendak praktikkan kesemuanya pun boleh. Tiada masalah, ebook anda, cara anda.
Anda pernah dengar pepatah, ”your junk is my treasure.” Apa yang nampak buruk di mata orang lain, bernilai bagi kita. Guna cara ___________ dan dapat duit. Masukkan ke dalam 'Tabung Bajet' anda.
3 in 1, 3 +1 apa tu, matematik? Bukan, ini untuk teknik bagi kediaman yang mempunyai ruang yang kecil dan sederhana luas.
Anda perlukan magik yang mengaburi mata tetamu,iaitu 'Tutup' dan 'Bungkus'? Seram je bunyinya. Apa bendanya itu? Teknik yang sesuai jika anda suka menjemput rakan-rakan ke rumah dan mengadakan majlis.
Anda perlu ubah sahaja __________, boleh jadi suasana baru. Ubah apa?
Anda perlukan satu sistem yang sejak dari zaman dulu pernah digunakan. Tetapi, sudah semakin pupus sekarang ini. Iaitu sistem ____________.
Anda hendak tahu tempat mana yang dapat membeli perabot dan barang hiasan dalaman dengan harga murah dan berpatutan. Saya tunjukkan sembilan tempat.
Dekorasi gunakan apa yang ada ditangan. Dekorasi tanpa kos! Oklah, kosnya ialah sedikit sentuhan kreativiti dan keluar peluh sahaja. Ingin tahu?
Berjaya Mengubah Minda & Pandangan Saya!
Pertama kali membacanya, macam tak percaya.. dengan budget yang minima, ia mampu memberikan impak yang maksima pada dekorasi rumah kita. Siapa tak nak rumah cantik. ..
Selama nie, saya selalu berfikir... kalau nak rumah cantik, perabot dan barang-barangnya mestilah mahal-mahal, barulah ada klasss... tapi setelah membaca ebook ni, ia berjaya merubah minda dan pandangan saya... benda-benda murah, kalau kena cara dekorasinya.. ianya mampu memberikan kesan dan persepsi yang berbeza.
Nak tahu caranya, miliki ebook ini.... Congratulations ALAM, keep it up
Maimunah
Maimunah Baharum
Pakar IT
Jenis kediaman: Rumah teres
Padat, Serta Penerangan Secara Mudah Beserta Visual
E-book ini sangat padat dengan tips-tips dekorasi yang sangat sesuai diaplikasikan untuk kediaman baru mahupun lama.Susunan kandungan yang sistematik,langkah demi langkah,ruang demi ruang serta penerangan secara mudah beserta visual untuk setiap topik dapat membantu imaginasi pembaca.
Teknik 'mix-match', susun atur semula perabut/barang hiasan sedia ada dan penggunaan barang-barang terpakai dan lain-lain yang dicadangkan oleh penulis sangat menjimatkan sekaligus dapat mendekorasi ruang secara kreatif walaupun dengan bajet terhad. Bagi mereka yang lansung tiada pengetahuan asas di dalam seni dekorasi kediaman, ebook ini juga ternyata dapat membantu anda bermula dari langkah pertama!
Natrah
Natrah Ahmad Hashim
Perekabentuk Dalaman
Jenis kediaman : Pangsapuri
Baru Saya Tahu Dinding Mana Yang Sesuai Untuk 'Feature Wall'
Ebook Dekorasi Bajet ini ringkas dan mudah untuk difahami, terutama bagi mereka yang tiada asas dalam bidang dekorasi tetapi ingin menghias rumah seperti saya. Banyak ilmu yang saya dapat dari buku ini, contohnya tentang dinding ‘feature wall’.
Sebelum ini saya pernah dengar tentang ‘feature wall’ tetapi tidak tahu bagaimana hendak menentukan dinding yang sesuai. Setelah membaca buku ini, baru saya tahu dinding mana yang sesuai untuk ‘feature wall’. Tahniah, Alam Anuar atas penghasilan ebook ini.”
Norehan
Puan Norehan
www.norehan.com
www.panduanmuet.com
Jenis kediaman : Apartment
Ok Alam!, Berapakah Harga Ebook Ini?
Harga yang berpatutan untuk ebook ini ialah RM40. Tetapi, kerana ingin membantu anda mengurangkan kos belanja apabila menghias kediaman nanti. Pelaburan anda hanyalah RM27 sahaja untuk anda mulakan langkah menghiasi rumah kediaman sekarang juga!.
Ya! Bukan RM40.. bukan RM30.... tetapi...
Hanya RM27 Sahaja!
Nanti! Ada Bonus Eksklusif Untuk Anda!
Jika anda membuat pembelian ebook ini sekarang! Saya akan berikan dua buah ebook bonus yang menarik kepada anda secara PERCUMA!
Ebook Bonus #1 :
15 Idea Susun Atur Ruang Tamu Dengan Perabot Sedia Ada!
Ebook Bonus #2 :
Template Tema Dekorasi
Template Senarai Belian
Template Perbelanjaan Bajet
Template Melukis Plan Template Grid
Dapatkannya Sekarang!
Sudah bersedia untuk memberikan kecantikan pada kediaman anda dengan cara yang paling jimat! Miliki ebook Dekorasi Bajet ini dengan klik butang "Tempah Sekarang" dibawah! . Harganya, hanya RM27 sahaja!
Dapatkan Sekarang! Klik Disini!
Rakan Designer Anda,
Alam Anuar
admin@dekorasibajet.com
Penulis ebook
1) DekorasiBajet.com
2) PanduanDekorasi.com
P/S: Dalam ebook Dekorasi Bajet ini, saya sedaya upaya memberikan 77 tip, teknik dan langkah-langkah yang terbukti berkesan bagi membantu anda untuk memperolehi dekorasi kediaman yang menarik tanpa perlu keluarkan belanja yang banyak. Miliki ebook ini sekarang!
P/S/S :Ebook ini adalah tentang bagaimana kita boleh berjimat dalam menghias. Supaya, setelah memiliki ebook ini, anda boleh berjimat beratus atau beribu ringgit dengan panduan yang terdapat dalam ebook ini.
P/S/S/S: 100% anda akan puas hati, di jamin! Kerana teknik ini ‘real’ dan pernah direnovasikan di banyak tempat kediaman.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
[…] Source: Dekorasi Bajet […]
ReplyDelete