Pages

Showing posts with label MENCINTAI RASULULLAH. Show all posts
Showing posts with label MENCINTAI RASULULLAH. Show all posts

Monday, 9 May 2016

Rasulullah Insan Yang Terpelihara

Rasulullah Insan Yang Terpelihara

JUDUL: RASULULLAH INSAN YANG TERPELIHRA

PENULIS: Al-Muhaddis al-Mufassir Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany.

ISBN: 978-983-097-503-0

KOD: 0295

HARGA: RM 30.00/RM 32.00

TEBAL: 326 ms

SINOPSIS:

Buku istimewa ini adalah terjemahan daripada kitab asal dalam bahasa Arab; Raddul Mutasyabihat ilal Muhakkamati fi Janibi Khatamil Nubuwwaat karya al-Muhaddis al-Mufassir Syeikh Mohamed bin Ibrahim Abdel Baes al-Husaini al-Kettany seorang Ulama al-Azhar asy-Syarif, Musnid Iskandariah, Mesir. Buku ini membahaskan dan menjelaskan kepada pembaca tentang pemeliharaan Allah SWT yang hakiki terhadap para Nabi dan Rasul khususnya Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW, serta memperbetulkan tafsiran beberapa ayat di dalam al-Quran tentang keadaan diri Baginda SAW yang telah disalah tafsir oleh beberapa pendapat. Antara perbahasan yang dimuatkan dalam buku ini:

BAB PERTAMA: PERJELASAN MENDALAM TENTANG 'ISMAH (PEMELIHARAAN) ALLAH TERHADAP PARA NABI DAN RASUL

Fasal Satu: Tahqiq pendapat tentang ‘ismah para malaikat

Fasal Dua: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada kekufuran dan cabang-cabangnya

Fasal Tiga: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada dosa-dosa besar dan kecil

Fasal Empat: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. daripada sikap bohong, khianat, menyembunyikan dan jahil

Fasal Lima: Sekitar ‘ismah para nabi a.s. pada pergaulan mereka dalam aktiviti kehidupan

Fasal Enam: Sekitar ‘ismah dan kemanusiaan

BAB KEDUA: MEMBAHASKAN AYAT-AYAT AL-QURAN YANG DIANGGAP MERAGUKAN MENGENAI DIRI RASULULLAH SAW

Perbahasan pertama: Mengenai ayat kedua surah al-Fath 78

Perbahasan kedua: Mengenai ayat 65 surah az-Zumar 130

Perbahasan ketiga: Mengenai ayat 65 surah al-Anfal 154

Perbahasan keempat: Mengenai ayat 43 surah at-Taubah 166

Perbahasan kelima: Mengenai ayat 13 surah Hud 176

Perbahasan keenam: Mengenai ayat 73 surah al-Isra’ 184

Perbahasan ketujuh: Mengenai ayat 52 surah al-Hajj 192

Perbahasan kelapan: Mengenai ayat 37 surah al-Ahzab 214

Perbahasan kesembilan: Mengenai ayat 52 surah asy-Syura 234

Perbahasan kesepuluh: Mengenai ayat pertama surah at-Tahrim 244

Perbahasan kesebelas: Mengenai ayat pertama surah ‘Abasa 252

Perbahasan kedua belas: Mengenai ayat ketujuh surah adh-Dhuha

 

BELI DISINI !!!

Q & A Perihal Rasulullah SAW

Q & A Perihal Rasulullah SAW

 

Q & A Perihal Rasulullah SAW
JUDUL: Q&A Perihal Rasulullah SAW
PENULIS: Ustaz Muhadir bin Haji Joll
ISBN: 978-983-097-166-7
KOD GB: 0336
HARGA: RM 21.00/23.00
JENIS KULIT: Lembut
MUKA SURAT: 280 ms.
SINOPSIS:

Kupasan yang ringkas, padat dan berfakta serba-serbi tentang Junjungan Mulia Nabi Muhammad SAW. Istimewa berbentuk soal jawab yang memudahkan pembaca memahami dan mengingatinya. Sesuai dimiliki untuk menambah kefahaman dan kecintaan terhadap Baginda. Antara persoalan utama yang diperbincangkan:
*Nama dan Keturunan Nabi

* Sifat-sifat Fizikal Nabi

* Pakaian dan Perhiasan Nabi

* Akhlak Nabi

* Mukjizat Nabi

* Kehidupan Nabi

* Hikmah dan Rahsia Nabi

* Cinta dan Rahmat Nabi

*Keistimewaan Nabi

BELI DISINI !!!

Sunday, 8 May 2016

Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulullah

Ingin Ku Balas Cintamu Ya Rasulullah

 
Pengarang : Ustaz Muhadir Haji Joll
Menjelaskan makan, hukum dan kelebihan mencintai Nabi. Memberikan gambaran kecintaan yang ditunjukkan oleh para Sahabat, tabi'in dan makhluk selain manusia. Memaparkan kesan cinta kepada Nabi SAW dalam kehidupan. Diakhiri dengan bingkisan mengenai kewafatan Nabi SAW yang demikian mendalam cintanya kepada umat. Disertakan dua jenis selawat yang menjadi amalan Imam Syafi'i dan amalan untuk bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW.

 

BELI DISINI !!!

Sunday, 3 April 2016

Ceramah Maulidur Rasul - Baba Idris Ali Al-Fathani

ceramah maulidur rasul

Pensyarah: Baba Idris Ali al-Fathoni

Nama kitab: Maulidur Rasul

Jenis/Saiz Rakaman : MP3, 55.9 MB 

Bilangan Pengajian: 1 kali

Jenis Produk: Pendrive

Harga Audio Pengajian : RM20.00 

Order Audio Pengajian & Kitab:  Call/Sms/Whatsapp: 011-28428961

                                                               Email: jihadbisnez@gmail.com

 

Sunday, 7 December 2014

CINTAI ISTERI CARA RASULULLAH

cintai_isteri_cara_rasulullah_20-500x500

CINTAI ISTERI CARA RASULULLAH


Penulis : Isham Muhammad Asy-Syariff

“Dan ingatlah apa yang dibacakan di rumahmu daripada ayat-ayat Allah dan hikmah (sunnah nabimu). Sesungguhnya Allah Maha Lembut lagi Maha Mengetahui.” (al-Ahzab :: 34)

Senyuman yang manis dan sapaan penuh cinta adalah kelaziman Rasulullah SAW dalam berkomunikasi dengan para isterinya. Bahasa kasih ini menjadikan kehidupan rumah tangga Nabi Muhammad SAW begitu ideal dan romatik. Bahkan, saat timbulnya masalah-masalah keluarga, nabi berusaha menyelesaikannya dengan penuh kasih sayang. Cara kehidupan Nabi SAW memberikan kita gambaran tentang kehidupan rumah tangga baginda sebagai sesuatu yang perlu kita pelajari, teliti, renungi dan contohi kerana baginda adalah sebaik-baik teladan untuk semua Muslim yang mengharapkan keredaan Allah SWT dan akhirat.

Buku ini merupakan himpunan beberapa buah hadis sahih yang menjelaskan kepada kita tentang kehidupan Nabi SAW bersama isteri-isteri baginda. Ia berkaitan dengan cara Rasulullah SAW berinteraksi dengan isteri dan puteri-puteri baginda serta sikap Rasulullah SAW terhadap tindakan tertentu isterinya. Buku ini juga membincangkan tentang masalah-masalah umum yang berkaitan dengan kehidupan suami isteri seperti panduan perkahwinan dan pendidikan anak-anak. Ia juga berkaitan dengan keadilan dalam memperlakukan isteri-isteri serta cara menghadapi masalah-masalah suami isteri dan cara penyelesaiannya.


KLIK DISINI !!!

Tuesday, 18 November 2014

Perubatan Cara Nabi - Pasti Sihat

Buku+Perubatan+Islam+Pasti=Sihat+Inteam+bukuonline2u-500x500

Perubatan Cara Nabi - Pasti Sihat


PENULIS      : ‘DR’ MUHAMMAD BIN ABDULLAH

Buku ini diterjemahkan daripada karya asal Imam Jalaluddin as-Suyuthi yang berjudul, As-Suyuthi’s Medicine of The Prophet. Ditulis kira-kira hampir lima ratus tahun dahulu, buku ini mengandungi pengetahuan tentang perubatan iaitu sebab penyakit dan cara penyembuhannya yang mungkin telah lama dilupakan.

Penulis menghurai dengan terperinci pelbagai penyakit jasmani dan rohani, cara mengubati serta ubat-ubatannya. Semua ini diambil dan digali daripada sumber al-Quran dan hadis. Sabda Nabi SAW: ”Allah tidak menciptakan suatu penyakit tanpa menciptakan ubatnya kecuali mati.” Rasulullah SAW juga bersabda: “Salah satu di antara sunnah aku adalah pengubatan.”

Penulis buku ini, Jalaluddin Abdurrahman as-Suyuthi juga dikenal sebagai seorang ulama dan penulis prolifik Muslim dalam bidang tafsir al-Quran, hadis dan ilmu-ilmu Islam lainnya. Beliau menjelaskan bahawa pengetahuannya tentang perubatan tidak hanya bersifat akademik semata-mata, melainkan juga didasarkan para praktikal dan pengalaman yang cukup baik. Dari perbicaraanya, jelas bahawa seni perubatan bukan sekadar hasil daripada pengalaman dan nasib baik, melainkan juga ilmu yang diilhamkan oleh-Nya, yang sesungguhnya merupakan rahmat dan takdir Allah SWT : “Dan apabila aku sakit, maka Dia-lah yang menyembuhkan penyakit aku” (Surah as-Syu’arak: 80)

Harga: RM26.00

KLIK DISINI !!!

Monday, 17 November 2014

Keluarga Perempuan Rasulullah SAW

buku+Keluarga+Perempuan+Rasulullah+SAW+inteam+publishing-500x500

Keluarga Perempuan Rasulullah SAW


Buku ini mengabadikan kehidupan para ibu, isteri dan puteri Rasulullah SAW. Buku ini mengajak pembaca menyusuri kisah bagaimana ibu-ibu hebat seperti Aminah (ibu kandung), Ummu Aiman (penjaga), Halimah as-Saadiah (ibu susuan), Fatimah Bt Asad (isteri Abu Thalib), Syifa Bt Auf (Bidan Rasulullah) dan Tsuwaibah (ibu susuan) melahirkan dan membesarkan seorang pemimpin hebat.

Ia juga menceritakan bagaimana isteri-isteri dan puteri-puteri baginda, dengan kelebihan masing-masing memainkan peranan untuk mewarnai arus peradaban Islam. Mereka tampil menyempurnakan kemuliaan dan keagungan baginda Nabi Muhammad SAW sebagai pemimpin umat manusia.

Dengan disokong oleh rujukan yang benar lagi dipercayai, anda akan menikmati banyak kisah menarik pada wanita-wanita mulia ini selama mereka menemani Rasulullah SAW. Kisah-kisah ini sarat dengan pelajaran, hikmah dan keajaiban yang jarang kita perhatikan.

Semoga apa yang dipaparkan dapat menjadi pendorong semangat kepada para wanita di luar sana untuk menjadi wanita yang solehah yang mengikut acuan Islam yang sebenar.

KLIK DISINI !!!

Indahnya Akhlak Rasulullah

buku+indahnya+akhlak+rasulullah+inteam+bukuonline2u-500x500

Indahnya Akhlak Rasulullah

Harga: RM44.00

Penulis : Abdul Mun'im Al-Hasyimi

Akhlak-akhlak mulia Nabi Muhammad SAW telah menjadi teladan mulia bagi pengikut baginda. Oleh kerana itu, merupakan kewajipan bagi setiap umat Islam untuk meneladani akhlak-akhlak mulia Nabi Muhammad SAW sama ada untuk bekal ke..

KLIK DISINI !!!

DETIK KEWAFATAN RASULULLAH SAW

20130708_124616-500x500

DETIK KEWAFATAN RASULULLAH SAW, ABDUL QADIR UMAR MAULADDAWILAH, INTEAM
Buku ini membawa kisah mengenai detik-detik akhir kehidupan Nabi Muhammad SAW bermula dari ibadah haji terakhir, khutbah terakhir, hinggalah saat Rasulullah SAW jatuh sakit dan akhirnya wafat di pangkuan Sayidatina Aisyah. Selain itu, buku ini turut dilengkapi dengan foto-foto khazanah peninggalan Baginda SAW agar para pembaca dapat mengetahui dan mengenali peninggalan-peninggalan tersebut, walaupun hanya dalam  bentuk gambar


Sunday, 16 November 2014

Perjalanan Terindah Menuju Kecintaan Rasulullah - Raja Mukhlis

buku+perjalanan+terindah+menuju+kecintaan+rasulullah+pelima+media+bukuonline2u-500x500


Perjalanan Terindah Menuju Kecintaan Rasulullah

Penulis : Raja Ahmad Muhklis bin Raja Jamaludin

Harga: RM10.00

Bahawasanya, cinta kepada Rasulullah adalah sebahagian daripada kesempurnaan iman dan pendorong kepada kemanisan iman.Bahkan, kecintaan tersebut bukan semata-mata cinta, tetapi cinta tersebut perlulah sesuatu kemuncak cinta yang mengatasi cinta seseorang kepada dirinya dan seluruh manusia yang lain.

KLIK DISINI !!!

Jejak - Jejak Perindu Syurga 10 Remaja Kecintaan Rasulullah

BUKU+JEJAK+JEJAK+PERINDU+SYURGA+PEL-500x500

KLIK DISINI !!!

40 Strategi Pendidikan Rasulullah

40_Strategi_Pendidikan_Rasulullah-500x500

KLIK DISINI !!!

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW

KENAL UNTUK CINTA-500x500





KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW

Penulis: Dr. Sayyid Muhammad bin Alawi al-Maliki
Penterjemah: Ustaz Muhadir Haji Joll
ISBN: 978-983-097-435-4
KOD: GB0222
Harga: RM 50.00/ 52.00
Hard Cover

Sinopsis

KENAL UNTUK CINTA: BIOGRAFI LENGKAP RASULULLAH SAW yang
diterjemah dan dikemaskini daripada karya asal Tarikh al-Hawadits wa al-Ahwal an-Nabawiyyah. Lengkap berwarna berserta gambar-gambar yang menarik bagi mengetengahkan serba-serbi maklumat tentang keperibadian dan kronologi perjalanan kehidupan Baginda Rasulullah SAW. Pembaca akan dapat 'melihat' kehidupan sebenar Baginda sejak awal kelahiran sehingga kewafatannya. Buku ini penting agar setiap pembaca dapat mengenali lebih rapat dengan Baginda dan menamba rasa cinta terhadapnya.

KLIK DISINI !!!

40 Kisah Motivasi : Mukjizat Rasulullah Saw

buku+mukjizat+rasulullah+saw+psn+-500x500


40 Kisah Motivasi : Mukjizat Rasulullah Saw


Kenalilah dengan lebih mendalam dan jelas tentang siapakah yang kita selalu sebut-sebut sebagai Rasulullah SAW itu, yang kita berselawat ke atas Baginda dan menjadi kekasih Allah.Bagindalah penghulu kita, Nabi Muhammad SAW iaitu pemimpin bagi golongan para nabi yang terdahulu dan terkemudian di dunia dan di Akhirat.Baginda nabi terakhir iaitu yang ke-25 dalam kalangan yang wajib diketahui.

Untuk mengenali Baginda dengan lebih baik lagi, perlu kita ketahui akan keistemewaan yang Allah kurniakan kepadanya iaitu mukjizat.Dengan konsep bercerita yang disertai dengan dalil-dalil daripada Al-Quran dan hadis, pembaca akan lebih mudah memahami gambaran yang ditonjolkan.Antara yang menarik ialah kisah bulan terbelah, unta bersujud kepada Rasulullah, penyaksian seorang bayi terhadap kerasulan Nabi
Muhammad dan Allah memakbulkan doa diturnkan hujan.

KLIK DISINI !!!

Sirah Nabawiyah - Ar-Rahiq al-Makhtum (Hard Cover)

images (2)


Sirah Nabawiyah - Ar-Rahiq al-Makhtum (Hard Cover)


Tajuk Buku : Ar-Rahiq al-Makhtum – Sirah Nabawiyyah SAW

Pengarang : Saffiyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri

Penterjemah : Muhammad Ramzi Omar

Penerbit : Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM)

Kulit Buku: Keras (Depan & Belakang)

Ketebalan : 733 muka surat

Harga : RM 60.00


Al-Rahiq al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW diibaratkan sebagai biografi Nabi Muhammad SAW kerana memaparkan perjalanan hidup Rasul terakhir sebagai utusan Allah yang bertanggungjawab menyampaikan dakwah Islamiah di muka bumi ini. Baginda telah melalui perjuangan yang amat berliku dan menempuh satu perjalanan hidup yang penuh dengan suka dan duka, kepayahan dan keperitan yang mungkin tidak boleh ditanggung oleh manusia lain. Namun akidah dan tauhid yang disampaikan oleh Rasulullah SAW telah mencapai kejayaan yang amat gemilang dengan kuasa Allah SWT.


Buku ini turut menjelaskan beberapa faktor yang mendorong kepada kesabaran dan kecekalan tinggi baginda. Antaranya adalah keimanan baginda kepada Allah SWT, menerima kepimpinan yang diamanahkan dengan sepenuh jiwa dan raga, rasa tanggungjawab yang menebal, keimanan terhadap hari akhirat, panduan dari Al-Quran Al-Karim dan pegangan tentang janji yang dikurniakan oleh Allah SWT di atas kemenangan menyebarkan Islam.


Selain memaparkan tentang liku-liku perjuangan dakwah Rasulullah SAW, buku ini juga mengetengahkan beberapa strategi dan uslub dakwah yang digunakan oleh baginda, bermula dari peringkat permulaan, peringkat tribulasi dan peringkat kejayaan yang membawa kepada kegemilangan Islam.


Karya Safiyyu Al-Rahman Al-Mubarakfuri ini merupakan karya unik dari segi bahasa dan juga susunan jalan ceritanya. Setiap peristiwa yang berkaitan Rasulullah SAW, diceritakan secara kronologi, diperincikan dan boleh digambarkan dengan baik oleh pembaca. Dalam bab akhir buku ini memuatkan beberapa pandangan dan gambaran daripada para sahabat, isteri Nabi Muhammad SAW dan masyarakat setempat tentang sifat dan peribadi baginda.


Buku ini bukan sahaja sesuai dijadikan rujukan kepada para pelajar, pendidik, pendakwah dan masyarakat umum sebagai panduan untuk menyebarkan dakwah Islamiah. Malah masyarakat luar yang ingin mengenali dan memperhalusi keperibadian dan kisah kehidupan Rasulullah SAW.


Al-Rahiq Al-Makhtum : Sirah Nabawiyyah SAW adalah buku yang paling mendapat sambutan kerana beberapa faktor. Antaranya pengiktirafan sebagai Johan Sayembara Penulisan Sirah Nabawiyyah yang dianjurkan oleh Rabithah Al-Alam Al-Islami pada 1396H di Pakistan, yang membawa penceritaan terperinci perjalanan hidup Rasulullah SAW bermula sebelum kelahiran baginda sehinggalah kewafatan baginda..


Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah

Syamail_Muhammadiah_New_A-240x361-500x500


Syamail Muhammadiyah: Keanggunanmu Ya Rasulullah



Daripada penterjemah:


Setelah kepada Allah dan Rasul-Nya, kami bersyukur dan berterima kasih tiada terhingga kepada para syeikh atau guru kami; rujukan duduk mendengar hadis. Melalui mereka, kami mendengar dan memahami hadis Baginda Rasulullâh SAW.


Mereka itu di antaranya:


-     Syeikh Dr. Ahmad Shâdiq (Beliau bersama Syeikh Thantawi (Grand Syeikh al-Azhar 1996-2010), Syeikh Sayyid Sabiq (Fiqhu s-Sunnah), dan Syeikh Muhammad Bakr ismail (pengarang al-Fiqh al-Wadhih); mereka berguru kepada Syeikh Mahmud Syaltut (Grand Syeikh al-Azhar 1958-1963).


-     Syeikh Prof. Dr. Umar Hasyim


-     Syeikh Prof. Dr, Nashr Farid Washil


-     Syeikh Prof. Dr, Ali Jumu'ah


-     Syeikh Prof. Dr. Ali as-Salûs


-     Syeikh Dr. Nadir al-'Anbatawy


-     Syeikh Dr. Shabri Abdur Ra`ûf


-     Syeikh Dr. Ahmad Yusri


-     Syeikh Dr. Abdurrahman al-'Adawiy


-     Syeikh Ibrahim Abdul Ba'its al-Kattani


-     Syeikh Nuruddin Marbu al-Banjari


-     Syeikh Yusuf bin Ahmad


Mereka inilah yang wajahnya melintas dalam pikiran dan idea kami ketika mengusahakan edisi terjemahan ini. Semoga Allah menempatkan mereka di tempat mulia di sisi Allah SWT; allâhumma âmîn.


Sungguh, ketika proses terjemahan ini menapak pada bab akhir: Bab Kewafatan Rasulullah, rasa gembira kerana amal ini akan selesai langsung berganti perasaan sedih dan haru. Kesedihan yang begitu hebat; seakan-akan saat itu Rasulullah baru sahaja wafat.


"Wulida l-Hudâ; sang Petunjuk telah lahir." Mari memperbanyakkan selawat dan salam kepada Baginda S.A.W, serta menghidupkan sunnah-sunnahnya, semoga kita dikumpulkan bersama Baginda dan orang-orang pilihan-Nya, allâhumma âmîn. Wahai Rasulullâh, aku merindukanmu.


Kaherah, Rabi'ul Awwal 1431 H.


al-faqir ilâ 'afwi wa rahmati Rabbihî


Muhammad Masnur Hamzah





Yang kami lakukan dalam amal sederhana ini, hanyalah:


  • Mentakhrij ayat al-Qur`an.

  • Mentakhrij hadis kepada kitab utama hadis dan kitab hadis lainnya.

  • Menterjemahkan matan hadis (ma'nawiyan dan harfiyan).

  • Mencantumkan pendapat Imam at-Tirmidzi dalam kitab Sunan-nya.

  • Memberikan ulasan/penjelasan bagi memudahkan pemahaman.

  • Memberikan keterangan bagi lafadz-lafadz gharîb pada hadis.


Rujukan Utama Dalam Menyelesaikan Edisi Terjemahan Ini

  • Shâhih Bukhâri, cetakan Mu`assasah ar-Risâlah, (atau cetakan dengan penomboran Fuâd Abdul Bâqi; akhir nombornya 7563). Kami juga menggunakan Fat-hu l-Bâri dan 'Umdatu l-Qâri.

  • Shâhih Muslim, (atau cetakan yang akhir nombornya 3033). Kami pun menggunakan Ikmâlu l-Mu'allim bi Fawâidi l-Muslim, karangan al-Imâm al-Qâdhi 'Iyâdh, Dar al-Wafâ, Manshurah, cetakan tahun 1998.

  • Sunan Abi Dâwud, Dar Ibnu Hazm (atau yang akhir nombornya 5274)

  • Sunan Tirmidzi, cetakan Mushtofâ al-Halabiy, Misr (atau cetakan yang akhir nombornya 3956)

  • Sunan Nasâ`i (atau cetakan yang akhir nombornya 5758). Dan kami menggunakan Dzâkhiratu l-'Uqbâ fi Syarhi l-Mujtabâ cetakan Mi'râj.

  • Sunan Ibnu Mâjah (atau cetakan yang akhir nombornya 4341)

  • Musnad Ahmad Ibnu Hambal, tahqîq Ahmad Muhammad Syâkir dan Hamzah Ahmad az-Zain, Darul Hadis, Kairo (akhir nombornya27519).

  • Shâhih Ibnu Khuzaimah, Maktabah al-Islâmiy, tahqîq Dr. Muhammad Musthafâ al-A'zhamiy (akhir nombornya 3079)

  • Al-Mu'jam al-Kabîr, al Washîth, dan ash-Shaghîr, al-Imâm Thabrany.

  • al-Jâmi' li Syu'abi l-Îmân, Imam al-Baihaqi, Maktabah Rusyd. (akhir nombornya 10756)

  • al-Mawâhib al-Laduniyyah 'alâ sy-Syamâil al-Muhammadiyyah", Ibrahim bin Muhammad al-Bajuri asy-Syafi'i, terbitan Dar al-Minhâj.

  • Dalâilu n-Nubuwwah, al-Imâm al-Baihaqi, Darul Kutub 'Ilmiyyah dan Dar ar-Rayân li t-Turâts cetakan I.

  • Muntahâ s-Sûl 'alâ Wasâili l-Wushûl ilâ Syamâili r-Rasûl, karangan al-Allâmah al-Faqîh 'Abdullâh bin Sa'îd Muhammad Abbâdi al-Lahji (1344 - 1410 H), Darul Minhâj (4 jilid).

  • Majma'u z-Zawâ`id wa Manba'u l-Fawâ`id, al-Hâfidz Ali bin Abi Bakar al-Haitsami, Daru l-Ma'mun li t-Turâts.


* * * * *

Dengan sanad bersambung kepada Imam Tirmizi semoga Allah mengasihinya.

KLIK DISINI !!!