Pages

Wednesday, 11 May 2016

Buat Duit Dengan Menulis


Walaupun anda merupakan insan biasa tetapi anda berpotensi mencipta fenomena…

KETAHUI BAGAIMANA ANDA MAMPU MENCIPTA NAMA DAN KEKAYAAN DENGAN CARA YANG LEBIH PANTAS

Inilah TEKNIK RAHSIA yang disimpan oleh para JUTAWAN dan selalunya tidak diceritakan kepada umum bagaimana mereka dengan cepat dikenali di pasaran hanya melalui PENULISAN MUDAH...
Dengan penulisan mudah inilah akhirnya mereka mencipta nama dan kekayaan. Dari penulisan mereka tidak lagi perlu mengejar prospek tetapi prospek mengejar mereka untuk berurusniaga. Jika anda ingin tahu apakah rahsia PENULISAN mudah yang saya maksudkan teruskan membaca…

Daripada: Mohd Shamsuriyadi

Sahabat sekalian,

Dunia penulisan sebenarnya dunia yang sangat hebat. Kenapa saya katakan sedemikian...???

Kerana penulisanlah sejarah dapat direkodkan.

Kerana penulisanlah keadilan dapat ditegakkan

Kerana penulisanlah ilmu dapat dikembangkan dan

Kerana penulisanlah seseorang itu boleh membina nama dan kekayaan

Mereka mencipta FENOMENA melalui PENULISAN...

Jutawan Azizi Ali yang sangat terkenal sebagai Jutawan Hartanah mahupun Jutawan Kewangan itu sebelum dikenali ramai serta sebelum beliau membina nama di pasaran beliau menggunakan kaedah penulisan supaya pasaran mengenali beliau.

Pada mulanya beliau menulis artikel-artikel yang beliau hantarkan di salah sebuah surat khabar arus perdana tempatan. Dari situ beliau telah mula membina kredibiliti dan mencipta pengikut-pengikut beliau sendiri.

Sehinggalah kini beliau bukan setakat seorang Jutawan malah menjadi jurulatih kepada mereka-mereka yang ingin menjadi jutawan seperti beliau.

Jutawan Internet Irfan Khairi nama yang tidak boleh dipisahkan dengan Jutawan Internet. Walaupun beliau mampu mencapai tahap jutawan melalui perniagaan internet beliau namun pada awalnya beliau tidak dikenali di pasaran.

Selepas beliau menulis buku ”Rahsia Jutawan-Jutawan Internet Terbongkar” nama beliau mula dikenali dan semakin banyak jemputan-jemputan dari pelbagai golongan serta agensi.

Bukan setakat penjanaan wang beliau bertambah malah buku beliau tersebut yang merupakan buku BEST-SELLER mencipta fenomena serta permulaan berkembangnya perniagaan internet di Malaysia juga lahirnya insan-insan yang berjaya dalam perniagaan internet.

Ini dua tokoh yang sempat saya kongsikan bagaimana hasil penulisan bukan sahaja mampu membina kredibiliti serta jenama pada mereka di pasaran malah memberi impak kepada industri mereka masing-masing.

Azizi Ali dan Irfan Khairi boleh melakukannya sebab mereka sudah JUTAWAN sebelum terkenal... tapi saya tidak... mana mungkin boleh melakukannya...???

Anda pasti pernah mendengar nama J.K Rowling penulis novel yang sangat memberi fenomena iaitu novel bersiri ”Harry Porter” dimana ianya juga difilemkan. Dari seorang insan yang tiada apa-apa yang hidup dalam kekecewaan bertukar menjadi insan yang sangat kaya hasil dari penulisan beliau.

Jika tidak difilemkan pun novel beliau itu beliau sendiri sudah menjadi multi jutawan. Asal dari insan biasa menjadi insan luar biasa yang disegani hasil dari PENULISAN.

Saya tidak katakan untuk anda menjadi seperti beliau sehingga satu dunia mengenali anda. Tahukah anda di Malaysia ini sendiri ramai penulis-penulis novel menjana kekayaan mereka secara senyap. Ya pasti anda tidak tahu kerana mereka buat duit secara senyap tanpa perlu bising-bising. Hasil penulisan merekalah yang menjana kekayaan buat mereka.

Awak nak saya menulis novel ke...??? Saya ni bukan setakat tiada bakat dan minat malah ilmu penulisan novel pun tak ada...

Sebelum itu izinkan saya jelaskan dahulu bahawa secara umumnya terdapat dua jenis penulisan iaitu :

Penulisan kreatif – Ini termasuklah penulisan bagi menghasilkan novel, cerpen dan sewaktu dengannya.
Penulisan non-kreatif – Penulisan ini lebih mudah kerana ianya berbentuk informatif dan antaranya adalah seperti penulisan buku panduan, ebook, artikel, blog dan sebagainya.

Inilah yang saya maksudkan dengan penulisan mudah iaitu penulisan non-kreatif kerana penulisan ini tidak memerlukan imiginasi yang besar, kesusteraan tinggi serta ilmu penulisan yang tinggi untuk menghasilkan hasil tulisan yang baik.

Malah untuk menghasilkan hasil penulisan non-kreatif ini anda :

Tidak perlu untuk mempunyai sijil atau ijazah

Tidak perlu untuk berjaya dahulu sebelum menulis

Tidak perlu untuk mendapat pengiktirafan dari mana-mana agensi

Betul ke penulisan Non-Kreatif ini mempunyai potensi yang besar dalam membina nama serta kekayaan...???

Jika tidak ada potensi mana mungkin saudara Azizi Ali serta Dr Irfan Khairi boleh mencipta fenomena mereka bukan...??? Baiklah mari kita lihat bagimana PENULISAN mampu membantu anda...

Tidak kira siapa anda? Apa latarbelakang anda? Apa jantina anda ? Dan apa yang anda lakukan bagi kehidupan anda? Penulisan merupakan satu kemestian yang sangat saya galakkan untuk anda lakukan. Amalan menghasilkan hasil-hasil penulisan akan menyebabkan...

Anda dapat mengembangkan segala ilmu, bakat, minat serta kepakaran yang anda ada

Pertambahan ilmu pada diri anda

Anda memperolehi satu punca pendapatan yang mudah melalui penulisan

Hasil penulisan anda tersebut boleh dilihat hingga ke anak cucu

Satu dunia boleh mengenali anda

Itu jika dilihat dari sudut umumnya dan katakanlah anda ini seorang peniaga atau usahawan, penulisan dapat membantu anda :

Untuk sentiasa dilihat dalam pasaran

Sebagai alat dalam usaha pemasaran

Merupakan medium komunikasi terbaik terhadap pelanggan anda

Supaya menjana emosi serta pemikiran prospek dan pelanggan untuk sentiasa ingat akan anda dan perniagaan anda.

Dilihat sebagai pakar dan berkredibiliti

Nah... sememangnya penulisan mampu membantu anda mencipta fenomena bukan. Penulisan seumpama peganti diri anda yang mampu melakukan apa sahaja yang anda inginkan seperti pemasaran, penjenamaan, peningkatan kredibiliti serta hubungan dengan pelanggan dan prospek.

Bagaimana penulisan mampu memberi manfaat pada diri saya sendiri...???

Nama saya Mohd Shamsuriyadi. Saya merupakan seorang penulis buku, blogger dan juga penulis bebas.

Bermula dengan penulisan blog ketika mengulangkaji pelajaran ketika di universiti. Kini ia menjadi satu kerjaya tetap saya. Ya. Saya buat duit dengan menulis! Ia menjadi salah satu daripada sumber pendapatan saya sehingga kini.

Saya telah menghasilkan puluhan produk penulisan sejak tahun 2006 lagi. Penulisan telah menjadi sebahagian daripada diri saya sendiri.

Dari blog saya berjaya menghasilkan sebuah buku fizikal terbitan PTS yang bertajuk ”Blog+Google Adsense=Duit”. Dan yang terbaru Internet + Produk Digital = Duit.

Buku "Blog+Google Adsense=Duit" dan Internet + Produk Digital = Duit Tulisan Saya

Buku tulisan saya ini pernah menjadi antara buku Bestseller bagi kategori Bisnes dan Pengurusan terbitan PTS dan ianya pernah menjadi Top 13 buku paling laris di MPH.

Top 3 Best Seller Bulan Jun 2011

Top 3 Best Seller Bulan Ogos 2011

MPH Top 13 Pada Bulan Jun 2011

Bukan sekadar menghasilkan buku fizikal malah saya juga menghantar artikel-artikel di surat-surat khabar. Terlalu banyak peluang yang belum diterokai oleh kita. Malah ia boleh dijadikan sumber pendapatan tambahan kepada keluarga kita.

Inilah antara lubuk buat duit bagi penulis bebas. Mereka menghasilkan artikel dan dibayar untuknya. Bayaran honorarium ini juga agak lumayan kerana anda dibayar diantara RM50 sehingga RM300 bagi setiap artikel yang disiarkan oleh media cetak samada akhbar ataupun majalah.

Jika hanya satu artikel anda disiarkan di akhbar seminggu, pastinya anda boleh menambah pendapatan RM300 ke RM400 sebulan. Lebih banyak artikel disiarkan, lebih banyak honorarium yang bakal anda perolehi.

Ianya lebih lumayan jika anda menulis dan artikel anda disiarkan di majalah.

Temubual di Saluran Astro Awani

Hasil dari penulisan di blog dan buku tersebutlah maka ianya telah mendapat perhatian pihak penerbit rancangan di saluran Astro Awani. Beliau menyukainya dan membuat tawaran untuk menemuramah saya menerusi ”video conference”.

Tahukah anda bahawa bukan sesuatu yang mudah untuk dapat memasuki rancangan televisyen terutama yang berkisar mengenai perniagaan.

Jadi nampakkah anda bagaimana dari penulisan di blog dan buku fizikal diri saya mendapat perhatian pihak stesen televisyen dengan mudah. Saya tidak menulis novel tetapi saya menulis topik yang saya sangat minati sahaja. Saya menulis apa yang saya tahu dan mahir sahaja.

Saya tidak pernah menulis sesuatu yang tidak saya fahami dan tidak mengetahui mengenainya. Saya pasti anda juga boleh melakukannya. Anda juga ada pengetahuan dan pengalaman yang boleh diketengahkan.

Kini saya ingin tunjukkan bagaimana anda juga boleh boleh melakukan perkara yang sama atau pun lebih lagi dari apa yang telah saya lakukan...???

Jika anda merupakan seorang :

Yang mempunyai ilmu, pengalaman serta kepakaran yang boleh dijadikan anda kongsikan kepada pasaran

Pelajar yang boleh melakukan kajian

Pekerja mahupun suri rumah yang ingin berkecimpung dalam dunia buat duit dengan menulis

Atau siapa sahaja yang berhasrat untuk mengubah dunia

Anda berpotensi untuk menghasilkan hasil penulisan dan paling menarik ianya bakal menjana wang buat anda. Jika anda ingin mengetahui bagaimana anda boleh melakukannya seperti yang telah dilakukan oleh mereka yang telah berjaya, maka saya ingin tunjukkan sesuatu pada anda.

Saya telah rangkumkan apa yang perlu anda tahu tentang penulisan dan bagaimana anda boleh melakukannya dalam satu pakej video yang saya namakan :

Memperkenalkan...

PAKEJ Video
buat duit dengan menulis

Di dalam video ini kita akan membincangkan tentang bagaimana anda boleh jana duit menerusi ebook, buku, akhbar, majalah dan blog. Ia mengandungi 4 Modul iaitu

1. Modul Penulisan Ebook

2. Modul Penulisan Buku

3. Modul Penulisan Blog

4. Modul Penulisan Akhbar dan Majalah

Saya pecahkannya kepada modul-modul ini untuk memudahkan pemahaman anda tentang proses penulisan di media berlainan ini. Ianya tidak sama walaupun kesemuanya melibatkan penulisan. Namun, jika anda menguasai salah satu daripadanya, anda boleh menembusi ke semua bidang penulisan yang berlainan ini.

Apa yang saya ingin sampaikan ialah Menulislah dan Dapatkan Duit Dengannya!!

Anda tidak perlu bersusah payah untuk menghadiri temuduga sebagai penyanyi rancangan realiti untuk menjadi terkenal. Penulisan tidak memerlukan bakat tetapi latihan. Dengan berlatih menulis, anda boleh menjadi seorang penulis yang hebat!

Saya berlatih dengan menulis sedikit demi sedikit. Dengan artikel yang pendek, ia semakin panjang. Caranya, saya mencabar diri untuk menulis lebih panjang setiap kali. Anda boleh menulis perkara yang mudah terlebih dahulu untuk menaikan motivasi diri.

Bonus lain ialah anda dibayar untuk penulisan yang anda buat! Ianya boleh diwarisi oleh waris anda walaupun anda telah meninggal dunia. Ya! Inilah perkara yang tidak diketahui oleh ramai orang. Royalti daripada penulisan buku boleh diwariskan kepada ahli keluarga anda.

Jadi anda meninggalkan royalti selama 50 tahun untuk keluarga anda walaupun anda sudah tiada lagi. Selagi buku anda dijual dipasaran.Selagi itulah keluarga anda akan menerima hasil daripada usaha yang anda lakukan sekarang.

Sudah ramai penulis mencipta nama sebagai pakar dan terkenal. Malah mereka menjadi rujukan jika sebarang isu berlaku berkaitan dengan bidang yang ditulis. Begitulah pengaruh yang diperolehi oleh mereka yang menjadi penulis buku.

Bukan itu sahaja, ramai diantara penulis kini menjadi "trainer profesional" kesan daripada buku-buku yang diterbitkan. Anda pasti mengenali Dr. Fadzilah Kamsah, Dr.Asmadi, Dr. H.M Tuah dan ramai lagi penulis mencipta nama setelah buku buku mereka diterbitkan.

Ia adalah satu "booster" kepada kerjaya dan peluang kepada sumber "buat duit" yang lain.

Kerjaya ini boleh dilakukan samada sepenuh masa atau secara separuh masa. Sesiapa sahaja boleh melakukannya.

Apa yang perlu anda ada ialah sebuah komputer dan talian internet. Itu sahaja keperluan yang diperlukan oleh seorang penulis. Ia sudah ada di setiap rumah di Malaysia pada hari ini.
Modul #1 : Modul Penulisan Ebook

Dalam modul ini terdapat empat video serta satu senarai semak yang sangat berguna. Melalui keempat-empat video ini anda akan mengetahui tentang :

Apa dan bagaimana untuk membuat Kajian Pasaran. Tanpa kajian pasaran mana mungkin anda dapat menghasilkan ebook laris anda.

Bagaimana menghasilkan sebuah ebook. Ini sememangnya penting untuk anda ketahui.

Apa yang perlu anda lakukan bagi membangunkan Laman Web Jualan. Tanpanya susah bagi anda untuk menjual ebook anda.

Bagaimana memasarkan ebook anda. Ini bagi memastikan anda berjaya menghasilkan jualan besar.

Tips Perniagaan Ebook. Dengan tip inilah yang bakal memudahkan usaha jualan dan pemasaran anda.

Tempah Sekarang

Modul #2 : Modul Penulisan Buku

Memang bukan satu perkara yang mudah bagi menghasilkan buku pertama. Namun sekali anda telah menghasilkannya maka ia akan menjadi mudah.

Yang susah bukanlah untuk menghasilkan buku tetapi susah untuk mendapatkan panduan yang menceritakan bagaimana untuk menulis dan menerbitkan buku.

Oleh itu modul ini akan membincangkan bagaimana anda boleh tulis seterusnya menerbitkan buku anda yang pertama.

Dalam modul ini juga anda akan mengetahui tentang :

Bagaimana menghasilkan penulisan buku. Ini kerana penulisan buku berbeza dengan penulisan ebook.

Bagaimana melakukan Kajian Pasaran bagi penghasilan buku. Anda perlu tahu kerana kajian pasaran buku fizikal berbeza dengan ebook.

Bagaimana menulis ’Proposal’ yang menyebabkan penerbit menelefon anda untuk tandatangan perjanjian. Tanpa proposal mana mungkin penerbit akan menerbitkan buku anda.

Bagaimana untuk memahami ’Perjanjian Penerbitan’. Ini wajib anda tahu jika anda ingin menerbitkan buku anda.

Bagaimana anda boleh menulis Draf Manuskrip. Ini penting untuk anda tahu bagi memastikan buku anda diterima oleh penerbit

Bagaimana anda boleh membuat Semakan Pruf.

Rahsia Pemasaran Buku Bestseller. Dengan teknik pemasaran yang betul buku anda bakal menjadi buku best-seller.

Bagaimana merancang menghasilkan buku seterusnya. Seorang penulis harus menghasilkan banyak buku-buku kerana melaluinyalah pendapatan pasif yang lumayan akan diperolehi.

"Think Big" adalah perkara penting sebagai penulis buku. Anda tidak boleh bergantung kepada sebuah buku untuk menjadi kaya. Idola saya adalah Pak Latip iaitu penulis buku novel sejarah islam.

Beliau menulis lebih 12 judul setahun dan menerima royalti lebih dari setengah juta setahun. Apa pun sebelum beliau memperolehi pendapatan sedemikian ianya bermula dengan penghasilan buku pertama terlebih dahulu.

Tempah Sekarang

Modul #3 - Modul Penulisan Blog

Penulisan blog adalah antara tempat latihan untuk anda menulis. Malah saya gunakan blog untuk berlatih menulis dan berkomunikasi dengan pembaca blog.

Selain itu, anda boleh menghasilkan buku menerusi blog yang anda tulis. Inilah yang dikatakan sebagai Blook. Ia gabungan antara book dan blog. Penulisan Blog Tun Mahathir adalah antara telah dibukukan.

Penulisan blog juga agak berbeza jika dibandingkan dengan penulisan ebook dan buku fizikal. Oleh itu dalam modul ini akan menerangkan tentang:

Bagaimana melakukan kajian pasaran untuk blog. Kajian bukan setakat kandungannya tetapi yang paling penting adakah ianya bakal dibaca oleh sasaran pembaca. Jika tidak sia-sia sahaja anda menulis blog.

Bagaimana memilih nama Domain bagi blog anda. Nama tersebut harus ’catchy’ supaya senang pembaca mengingatinya dan mencarinya.

Anda akan ketahui blog yang mana satu lebih baik, percuma atau berbayar...??? Ini penting bagi mengelakkan kerja yang sia-sia.

Bagaimana anda boleh menghasilkan duit dari blog anda. Rugi kalau tak tahu.

Pembongkaran satu rahsia bagaimana blog anda sangat mudah untuk dicari di enjin carian. Ini wajib anda tahu.

Bagaimana menukarkan blog anda menjadi buku. Dengan cara ini anda boleh jimat masa dan tenaga untuk menghasilkan sebuah buku best-seller.

Dalam modul ini juga, saya akan menunjukkan bagaimana untuk anda menulis blog yang baik dan disukai oleh enjin carian. Ini akan memudahkan blog and tersenarai pada katakunci yang terbaik.

Tempah Sekarang

Modul #4 - Modul Penulisan Akhbar dan Majalah

Tidak ramai yang tahu bahawa akhbar dan majalah menerima artikel daripada penulis bebas. Mereka membayar untuk setiap artikel yang disiarkan. Inilah juga proses yang dilalui oleh Jutawan Azizi Ali dengan menghantar artikel-artikel ke surat khabar.

Jadi dalam modul ini anda akan tahu tentang:

Bagaimana melakukan pemilihan Akhbar dan Majalah untuk anda hantarkan artikel anda nanti. Jangan salah surat khabar atau majalah kelak tulisan yang anda letakkan akan jadi sia-sia belaka.

Bagaimana Untuk menghasilkan penulisan bagi dimuatkan dalam Akhbar dan Majalah. Seperti penulisan-penulisan jenis lain penulisan ini juga ada perbezaannya. Ini perlu anda tahu.

Bagaimana membuatkan Editor terpikat dam memilih artikel anda. Tanpa ilmu ini agaka sukar untuk editor menerima artikel anda.

Betapa besarnya potensi potensi buat duit sebagai Penulis Bebas dan betapa besarnya potensi anda untuk menjadi penulis bebas.

Artikel pertama saya berjaya disiarkan pada percubaan yang pertama setelah dihantar ke akhbar. Artikel tersebut berkenaan dengan stevia, iaitu pemanis pengganti gula. Ia mendapat feedback daripada pembaca.

Tempah Sekarang
Sudahkah anda nampak sekarang...???

Sehingga kini saya yakin anda telah dapat beberapa maklumat tentang :

Potensi penulisan itu sendiri

Contoh-contoh yang ’real’ bagaimana penulisan menjana kejayaan pantas.

Bagaimana saya sendiri mendapat manfaat dari penulisan

Apakah jenis-jenis penulisan yang boleh anda manfaatkan

Oleh itu tidak kisahlah samada anda :

Meminati bidang penulisan dan ingin menjadi seorang penulis

Mahu memperpularkan diri atau perniagaan anda

Ingin memiliki pendapatan melalui kerja-kerja penulisan

Ingin memasarkan kepakaran anda

...anda sebenarnya memerlukan satu panduan yang akan membantu anda bukan setakat menghasilkan hasil-hasil penulisan malah bagaimana anda boleh BUAT DUIT DENGAN PENULISAN.

Oklah Sham... saya sudah yakin sekarang jadi berapa yang harus saya laburkan untuk miliki pakej video ini...???

Anda boleh dapat berbagai panduan ilmu penulisan di mana-mana sahaja... tapi ilmu buat duit dengan penulisan bukan sesuatu yang mudah untuk dicari.

Sebelum saya umumkan nilai yang perlu anda labur satu perkara yang perlu anda ingat bahawa ilmu yang bakal anda perolehi ini bukan ilmu murahan tetapi ilmu sebenar yang dibuktikan keberkesanannya.

Pada awalnya saya bercadang untuk meletakkan nilai sebanyak :
RM250

Ia adalah antara harga yang biasa saya tawarkan untuk produk-produk saya,namun kali ini saya rasakan saya tidak mahu nilai yang saya letakkan menjadi bebanan buat anda oleh itu saya nilai tersebut saya turunkan menjadi...

RM200

Isteri saya yang mulanya agak marah kerana saya memberikan banyak bonus akhirnya meminta saya menurunkannya lagi... Mahu tidak mahu saya turuti juga hasrat isteri saya oleh nilai pelaburan sebenar yang perlu anda laburkan hanyalah...

*RM120 sahaja!!

Tetapi nilai ini tidak akan bertahan lama kerana ianya hanya untuk 300 200 orang terawal sahaja. Nilai ini akan dinaikkan setelah mencapai jumlah sasaran saya.

Saya pasti kerisauan anda tentang penulisan masih lagi ada bukan...???

Jadi anda tak perlulah untuk risau sangat. Ya saya faham... lebih-lebih lagi anda yang belum pernah mencuba untuk menulis.

Untuk menutup kerisauan anda maka saya ingin berikan sesuatu yang bakal membantu anda untuk menghasilkan penulisan-penulisan terbaik anda.

Oleh sebab itu saya ingin tunjukkan anda bonus yang bakal anda terima jika anda cepat-cepat bertindak memiliki pakej video ini...

Nah saya berikan BONUS PERCUMA buat anda...

Anda bakal menerima BONUS_BONUS percuma dari saya tanpa perlu menambah wang untuk dilaburkan. Mari kita lihat setiap satunya...
Bonus#1 - Video Teknik Menulis

Jika masih ada kerisauan di dalam hati anda berkenaan kaedah atau teknik penulisan jadi dalam video ini, saya akan menerangkan beberapa teknik penulisan yang digunakan oleh kebanyakan penulis malah diantaranya diamalkan oleh ramai penulis tersohor juga.

Anda akan pelajari beberapa teknik penulisan seperti :

Teknik 4W+ 1H
Teknik KJ Method
Teknik Adaptasi
Teknik Surah Yusof
Kesemua teknik ini adalah antara rahsia kebanyakan penulis dalam merangka dan menulis dengan banyak dalam masa yang singkat. Tanpa mengetahui teknik-teknik mungkin sukar untuk anda menghasilkan hasil penulisan dengan pantas.

Bonus #2 - Video Kenapa Karya Ditolak

Mungkin dalam benak anda memikirkan takut-takut jika karya-karya anda ditolak. Oleh itu dalam video ini, anda akan ketahui kenapa sesuatu karya itu ditolak walaupun kita rasa inilah hasil penulisan yang terbaik anda hasilkan.

Kadangkala karya yang bagus ditolak atas sebab sebab tertentu. Tahukah anda bahawa karya berjaya seperti Siri Harry Potter telah ditolak beberapa kali daripada penerbit. Penulisnya hampir berputus asa sebelum berjaya sekarang ini. Disebabkan dengan tidak berputus asa, beliau kini menjadi antara wanita paling kaya di dunia hasil daripada penulisan novel beliau.

Oleh itu sebelum anda menyiapkan karya anda ilmu ini perlu anda tahu bagi mengelakkan perkara yang tidak dingini berlaku pada karya anda.

Tidak cukup dengan 2 BONUS saya ada satu PENGUMUMAN buat anda...

Jika anda memiliki PAKEJ VIDEO BUAT DUIT DENGAN MENULIS dengan segera maka saya sendiri akan berikan Khidmat Sokongan kepada anda

Bonus #3 - Customer Support (24 x7)

Sebagai pembeli, anda layak untuk menerima keutamaan daripada saya dalam membantu anda menulis karya anda sendiri. Semua pertanyaan akan dijawab dengan sebaik mungkin dan secepat mungkin. Anda juga boleh menghubungi saya bila bila masa menerusi emel dan sms.

Khidmat sokongan ini penting bagi bukan sahaja melancarkan kerja penulisan anda malah yang lebih penting mempercepatkan penghasilan penulisan anda.

Belum habis lagi... ada satu lagi BONUS tetapi ini merupakan BONUS TERHAD. Ya sangat terhad...

Bonus Terhad

Bagi 50 30 pelanggan pertama akan menerima buku Blog + Google Adsense=Duit yang ditandatangan secara percuma!

Ia akan dipos bersama dengan CD Buat Duit Dengan Menulis terus ke rumah anda.

Fuhh... bukan senang untuk berikan keempat-empat BONUS secara percuma malah isteri saya sendiri hampir-hampir memarahi saya kerananya... namun bagi saya apa salahnya saya lakukan demikian. Yang penting apa yang bakal anda terima melebihi nilai yang anda laburkan.

Nah... 4 BONUS PERCUMA yang bakal anda terima. Tidakkah anda rasa ianya sangat berbaloi...??? Sudah tentu berbaloi.

Untuk menambah lagi nilai produk tanpa perlu anda menambah jumlah pelaburan anda maka saya ingin berikan satu jaminan buat anda...
JAMINAN BUAT ANDA

Demi menjaga KEPUASAN hati anda supaya tiada risiko yang bakal anda terima maka saya dengan rendah dirinya menawarkan jaminan kepada anda 60 Hari Wang Dikembalikan jika anda tidak berpuas hati dengan kandungan yang terdapat dalam video ini tanpa banyak soal.

Ya, Serius! Tanpa banyak soal, saya akan pulangkan 100% wang anda jika anda tidak berpuas hati dengannya. Jangan risau, saya tidak akan blacklist atau melarang membeli produk saya yang lain.

Jadi tiada risiko langsung jika anda membeli produk ini sekarang.
Kini semuanya terpulang kepada anda...

Ya... semuanya saya serahkan pada anda. Saya hanya mampu menunjukkan jalan dan pada selebihnya andalah yang menentukan hala tuju anda.

Saya telah bongkarkan beserta dengan buktinya sekali bagaimana penulisan mampu mencipta nama dan kekayaan dengan pantas tanpa mengambil masa yang lama, tanpa terlalu bersusah payah kerana melalui penulisan anda akan dicari pelanggan berbanding orang lain yang terpaksa berusaha siang malam mencari pelanggan berpotensi mereka.

Jika anda rasa teruja dengan apa yang telah saya dedahkan ianya tidak akan mendatangkan apa-apa makna jika anda tidak bercadang untuk melakukan apa-apa tindakan terhadap apa yang telah anda baca.

Untuk itu anda perlukan ilmu. Anda perlukan panduan beserta bimbingan. Barulah kejayaan dapat anda kecapi dengan pantas. Tapi apa gunanya bermimpi untuk berjaya dengan pantas jika anda sendiri tidak bertindak pantas.

Oleh itu jangan buang masa dan bertindak pantas miliki pakej video ini. Lagi cepat anda bertindak lagi cepat kejayaan menjadi milik anda.

Untuk memulakan usaha kejayaan anda tidak susah dimana anda hanya perlu klik link tempahan. Jadi bertindaklah sekarang kerana jika tidak say pasti sehingga tahun depan anda masih dalam keadaan yang sama pada ketika ini. Miliki pakej video ini sekarang.

Yang Benar,

p/s – Penulisan sememangnya mampu membina nama serta kekayaan dengan segera namun anda perlu tahu bagaimana untuk melakukannya dengan cara yang betul.

p/p/s – Sebelum saya menaikkan nilai pelaburan atau sebelum saya menarik bonus-bonus percuma tersebut saya gesa anda untuk segera memilikinya sebelum terlambat.Dapatkan pakej ini dengan segera.

p/p/p/s – Semuanya terpulang kepada anda sekarang. Anda mampu capai kejayaan dengan pantas tetapi anda kena beretindak pantas untuk segera mempelajarinya. Oleh bertindak sekarang dengan memiliki pakej video ini.

Usah bertangguh, dapatkan dengan segera!

 

1 comment: