Pages

Wednesday, 5 October 2016

MENGURUS EMOSI KANAK-KANAK CERDAS (EDISI KEDUA)

Mengurus Emosi Kanak-Kanak Cerdas (Edisi Kedua)

beli-sekarang

MENGURUS EMOSI KANAK-KANAK CERDAS (EDISI KEDUA)

Brand: Penerbit USIM


Product Code: B-PI-01
Availability: In Stock
Price: RM12.00

Author: Sapora Sipon
ISBN: 978-967-5295-35-5
Year: 2010
Language: Malay
Secara umum, buku Mengurus Emosi Kanak-kanak Cerdas Edisi Kedua ini menceritakan pengurusan emosi kanak-kanak cerdas dengan baik. Untuk itu, buku ini meneroka kecerdasan emosi, kecerdasan interpersonal dan kecerdasan intrapersonal. Di samping itu, buku ini melihat signifikan mempunyai kecerdasan emosi di kalangan bayi dan kanak-kanak. Antara keperluan mempunyai kecerdasan emosi ialah untuk menjadi manusia yang seimbang, dapat meneroka potensi diri sendiri, membantu masyarakat hidup berharmoni, mempunyai kebolehubahsuaian dan pengurusan tekanan dan meningkatkan kepimpinan. Buku ini turut melihat tahap perkembangan emosi bayi dan kanak-kanak bermula dari umur satu bulan sehingga 12 tahun. Penulis turut membicarakan secara ringkas teori perkembangan psiko-sosial Erikson untuk menerangkan mengenai perkembangan emosi kanak-kanak. Perkembangan emosi lazimnya dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti warisan, persekitaran, keluarga dan cara pengasuhan ibu bapa. Keseluruhannya, buku ini amat baik untuk belajar memahami emosi kanak-kanak cerdas pada peringkat-peringkat tertentu.

1 comment: