Pages

Saturday, 27 August 2016

MASYARAKAT ISLAM DAN INSTITUSI FATWA DI MALAYSIA

Masyarakat Islam dan Institusi Fatwa Di Malaysia

beli-sekarang

MASYARAKAT ISLAM DAN INSTITUSI FATWA DI MALAYSIA

Authors: Irwan Mohd Subri, Syadiyah Abdul Shukor & Nur Fatin Halil
ISBN: 978-967-13426-9-5
Year: 2016
Language: Malay

Institusi fatwa di Malaysia terbahagi kepada dua iaitu di peringkat persekutuan dan di peringkat negeri. Di peringkat persekutuan ia dikenali sebagai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Manakala di peringkat negeri ia dipanggil Jabatan Mufti Negeri dengan nama jawatankuasa yang pelbagai mengikut negeri masing-masing. Ebook ini bertujuan untuk mengukur tahap pengetahuan masyarakat Islam terhadap institusi fatwa yang ada di Malaysia. Metodologi yang digunakan ialah kuantitatif dengan menjalankan soal selidik secara atas talian kepada 944 responden. Hasil kajian mendapati bahawa tahap pengetahuan masyarakat Melayu Islam terhadap kewujudan institusi fatwa di Malaysia adalah tinggi namun dari sudut kesedaran untuk mematuhi dan mengikuti perkembangan fatwa yang dikeluarkan masih di tahap rendah.

Katakunci: Fatwa, persekutuan, negeri, institusi, jawatankuasa.

1 comment: