Pages

Monday, 8 December 2014

Mukhtasar Sahih Bukhari

jc-2299-1367214800-500x500


Mukhtasar Sahih Bukhari


Umat Islam tidak boleh terlepas dari mempelajari ilmu-ilmu hadith. Khusus hadith-hadith yang telah diketahui kesahihannya.

MUKHTASAR SAHIH BUKHARI adalah ringkasan kitab al-Jami' al-Sahih karya imam para ulama hadith. Abu Abdullah Muhammad Bin Ismail Bin Ibrahim al-Bukhari. Ia merupakan kitab yang paling agung di dalam Islam dan yang paling banyak memberi manfaat, setelah al-Quran.

Diriwayatkan bahawa Imam Bukhari berkata: "Tidaklah kumasukkan ke dalam kitab Al-Jami' al-Sahih ini kecuali hadith-hadith yang sahih; dan kutinggalkan banyak hadith sahih kerana khuatir ia akan membosankan." Setelah para ulama membuat penelitian secara teliti terhadap kitab beliau, mereka menyatakan bahawa Imam Bukhari selalu berpegang teguh pada tahap kesahihan yang paling tinggi.Al-Imam al-Nawawi menyatakan bahawa para ulama seluruhnya telah bersepaakt bahawa Sahih al-Bukhari dan Sahih al-Imam Muslim adalah dua kitab yang paling sahih selepas Al-Quran Al-Karim berbanding dengan kitab-kitab hadith yang lain.

KLIK DISINI !!!

1 comment: