Pages

Sunday, 16 November 2014

Batilnya Akidah Syiah

Batilnya_Akidah_Syiah-240x240-500x500

Batilnya Akidah Syiah


ISBN : 978-967-0326-57-3
Semenanjung : RM18.00
Sabah / Sarawak : RM 20.00


Banyak siri serbuan telah dilakukan oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) terhadap markaz perkumpulan yang menganut fahaman Syiah. Fahaman Syiah sudah lama diwartakan dan difatwakan haram kerana bercanggah dan menyeleweng daripada Ahli Sunnah wal Jamaah di negeri-negeri seluruh Malaysia. Di Selangor, fatwa pengharaman Syiah telah dikeluarkan pada 14 Februari 1998 yang menyatakan bahawa ; “Fahaman dan ajaran Syiah adalah bercanggah dan menyeleweng daripada pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah. Fahaman dan ajaran ini perlu disekat keseluruhannya. Terdapat beberapa percanggahan di dalam fahaman tersebut sama ada dari sudut aqidah, syariah dan lain-lain.”


Berikut adalah sebahagian akidah sesat puak Syiah secara ringkas yang dibincangkan di dalam buku ini agar kita tahu dengan jelas pendustaan serta penyelewengan mereka.

1)        Akidah menyekutukan Allah seperti fahaman Yahudi, Nasrani dan kaum musyrikin.

2)        Akidah (البداء) yang rosak, iaitu Syiah mengatakan Allah SWT jahil.

3)        Akidah maksumnya 12 imam Syiah, yang bercanggah dengan akidah khatamun Nubuwwah bagi penutup para nabi, Nabi Muhammad SAW.

4)        Akidah bahawa al-Quran yang wujud sekarang ini telah diubah, ditukar, ditambah dan dikurangkan ayatnya. Ini termasuk akidah yang paling keji dan rosak. Akidah ini mewajibkan penganutnya terkeluar daripada agama Islam.

5)        Akidah menghina Rasulullah SAW, menghina Sayidina Ali r.hu, Sayidina Hassan r.hu dan Sayidina Hussein r.hu.

6)        Akidah menghina Ummahatul Mukminin, isteri Rasulullah SAW.

7)        Akidah menghina anak-anak perempuan Rasulullah SAW, khususnya penghulu wanita, Sayidah Fatimah az-Zahra’ r.hu.

8)        Akidah menghina Abbas, Ibnu Abbas dan Uqail r.hu.

9)        Akidah menghina Khalifah ar-Rasyidin, golongan Muhajirin, golongan Ansar.

10)    Akidah menghina para imam Ahli Bait.

11)    Akidah (التقية) taqiyyah.

12)    Akidah Mut’ah.

KLIK DISINI !!!

1 comment: