Pages

Friday, 13 October 2017

KETAHUI BAGAIMANA ANDA BOLEH MELONJAKKAN JUALAN PRODUK ANDA DI FACEBOOK FANPAGE, DENGAN HANYA 8 LANGKAH!

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8765_62_1_282 

Rahsia Tingkatkan Likes & Tingkatkan Jualan di Facebook Fanpage!.
Pada tahun 2017, sudah terdapat hampir 2 billion manusia di seluruh dunia yang menggunakan facebook! Manakala pengguna facebook di Malaysia pula, ianya kini sudah mencecah lebih dari 20 juta pengguna! Dimana, sebilangan besar penggunanya ialah mereka yang berumur 25 hingga 34 tahun.
Golongan ini adalah merupakan golongan yang mempunyai kuasa membeli yang sangat kuat! Mereka kebanyakkan sudah bekerja dan sudah mempunyai wang & akaun bank sendiri untuk berbelanja.
Jadi, adalah amat rugi jika anda tidak memasarkan produk anda menggunakan facebook!

POTENSI BESAR... TETAPI...

Walaupun di facebook terdapat pengguna yang sangat besar yang boleh anda sasarkan untuk menjual produk anda. Namun, secara realitinya, ramai yang masih gagal untuk memanfaatkan peluang tersebut.  Ramai yang masih terpinga-pinga dan keliru tentang cara menggunakan facebook fanpage dengan berkesan untuk melonjakkan jualan mereka.

Antara masalah-masalah yang sering dihadapi adalah seperti..

OPS! SIAPA SAYA?

Maaf! Sebelum saya bercerita panjang lebar tentang meletupkan jualan di facebook! Izinkan saya memperkenalkan diri saya terlebih dahulu.

Nama saya Nigel Ong! Saya mula menjalankan perniagaan online secara kecil-kecilan beberapa tahun dulu.

Pada mulanya, saya menjalankan bisnes borong, di mana, saya memborong barang dari China secara online, dan kemudiannya, menjualkannya semula kepada rakyat Malaysia juga secara online.

Saya menggunakan instagram dan juga facebook fanpage untuk menjual produk-produk saya! Sambutan yang saya terima sangat menggalakkan.

Perkara tersebut, telah menggerakkan hati saya untuk menulis ebook panduan tentang cara memborong barang dari china secara online dan juga ebook panduan membina IG shop!

Tanpa saya sangka!

Kedua-dua ebook tersebut meletop dan mendapat sambutan yang sangat agak luar biasa. Ebook saya  yang berjudul "Rahsia Taobao" telah menjadi ebook bestseller untuk tempoh hampir 2 tahun. Di dalam ebook tersebut, saya ada menyentuh sedikit tentang cara menjual produk menggunakan fanpage.

Namun begitu, saya menerima banyak maklumbalas yang mahukan penerangan yang lebih lanjut serta teknik yang lebih advance dan mendalam tentang cara-cara menjual produk menggunakan facebook fanpage!

Disebabkan permintaan tersebut, maka saya telah mengambil keputusan untuk menulis sebuah ebook khusus tentang cara mempromosikan dan menjual produk menggunakan fanpage.

Tetapi, sebelum saya mula menulis ebook tersebut, saya perlulah membuat eksperimen dan mengaplikasikan terlebih dahulu ilmu-ilmu yang ingin saya tulisa dan ajarkan di dalam ebook tersebut...

HASILNYA.....?

Saya telah cuba menjual beberapa produk saya dengan menggunakan kaedah pemasaran facebook fanpage sepenuhnya.. berikut adalah hasil yang saya perolehi...


BAGAIMANA SAYA MELAKUKANNYA.....?

Sebenarnya, ada beberapa perkara yang telah saya lakukan!

Namun, untuk memudahkan pemahaman anda, saya telah susun setiap perkara yang saya lakukan itu menjadi 8 langkah! Ianya supaya anda dapat mengikutinya dengan teratur dan mudah.

Berikut adalah 8 langkah yang telah saya susun untuk melonjakkan jualan produk menggunakan facebook fanpage!

LANGKAH 1 : PRODUK - NAK JUAL APA?

Perkara pertama yang perlu anda fikirkan ialah tentang produk. Apakah produk yang mahu anda jual? Apakah manfaat produk tersebut? Apakah masalah yang ia dapat selesaikan? Saya akan bantu anda fikirkan produk apa yang sesuai untuk anda jual secara online! Bukan sekadar 1 produk.. tetapi kita akan fikirkan produk-produk yang "berantai".

Namun begitu, jika anda sudah mempunyai produk sendiri yang mahu dijual, anda mungkin boleh abaikan langkah ini.
LANGKAH 2 : PELANGGAN - NAK JUAL KEPADA SIAPA?

Ini adalah langkah yang paling kritikal! Jika anda tidak tahu siapa pelanggan anda, anda akan amat sukar untuk menjual produk anda.  Jadi, pada langkah ini, saya akan bimbing anda bagaimana untuk mengenalpasti dengan tepat, siapakah bakal pelanggan anda?
LANGKAH 3 : CARA BINA FANPAGE!

Pada langkah ini saya tunjukkan secara step-by-step bagaimana untuk membina fanpage. Bukan sekadar fanpage biasa-biasa.. tetapi fanpage yang kelihatan profesional dan mempunyai kadar engagement yang tinggi.

Ada 3 setting yang sangat penting apabila anda membina sesebuah fanpage. Saya tunjukkan kepada anda apakah setting tersebut dan bagaimana untuk melakukannya.
LANGKAH 4 : JANA LIKES

Mahu atau tidak, mempunyai sebilangan like adalah sangat penting sebagai "first impression" orang ramai terhadap fanpage anda. Jadi, saya tunjukkan kepada anda, bagaimana anda boleh membina & mengumpul like yang banyak dengan pantas!

Apa yang lebih penting, ianya bukanlah "like sampah", tetapi saya tunjukkan anda bagaimana untuk mengumpul like yang berkualiti tinggi yang benar-benar mempunyai minat dengan produk jualan anda!
LANGKAH 5 : POST & ENGAGEMENT!

Ramai pemilik fanpage yang pening dan tiada idea tentang apa yang mahu di tulis atau di post pada fanpage mereka!

Jadi, pada langkah ini, saya tunjukkan anda 5 jenis post yang akan dapat menjadikan fanpage anda kelihatan menarik dan sekaligus mencipta engagement yang baik dengan follower-follower fanpage anda. Langkah ini penting untuk membina kepercayaan antara anda dan follower anda. Sebabnya... kebanyakkan orang selalunya lebih mudah membeli dengan orang yang mereka kenal dan percaya berbanding orang yang tidak dikenali.
LANGKAH 6 : XXXXXX XXXXXX

Saya terpaksa rahsiakan langkah ini. Tapi pada langkah ini, saya akan tunjukkan anda bagaimana untuk menaikkan like anda antara 10X hingga 100X ganda dari jumlah like fanpage yang anda sedia ada.

Ianya sangat penting untuk membolehkan anda mendapatkan jualan yang lebih banyak. Lebih banyak like yang anda miliki, bermakna lebih banyak bilangan prospek anda. Semakin banyak prospek anda, maka, semakin banyaklah kadar jualan yang boleh anda hasilkan!
LANGKAH 7 : IKLAN & LETUP!

Pada langkah ini, saya tunjukkan anda bagaimana untuk membuat post iklan yang mampu menarik perhatian follower-follower anda untuk membeli!

Ada 3 format post iklan yang boleh anda gunakan!  Iaitu... APSDA, ADSA atau ATSA!
Apakah itu? Saya akan terangkan dengan terperinci mengenainya!

Setelah anda membuat post iklan, anda perlu lakukan split testing.
Apakah yang perlu di "split" dan di "testing"kan? Berapa lama perlu buat split testing? Semuanya akan saya tunjukkan.
LANGKAH 8 : CONTACT, CLOSE & SHIP!

Langkah terakhir adalah langkah membuat jualan! Untuk langkah terakhir ini ada 6 fasa yang perlu anda lakukan untuk memastikan anda berjaya membuat jualan.

Apa yang menariknya, dalam langkah ini, saya bukan sekadar tunjukkan anda untuk menjual 1 unit produk anda kepada 1 pelanggan.. tetapi, bagaimana untuk menjual lebih dari 1 produk anda kepada pelanggan dan mereka berasa sangat gembira membelinya!
Itulah 8 langkah yang saya lakukan di dalam melonjakkan jualan saya dengan menggunakan facebook fanpage. Kesemua 8 langkah tersebut telah saya tuliskan secara terperinci dan jadikan ia sebuah ebook yang lengkap!

MEMPERKENALKAN...
EBOOK FANPAGE SUPERSTAR

Ebook ini ditulis berdasarkan pengalaman saya sendiri. Saya telah tulis dan susun kandungan ebook ini dalam bentuk langkah demi langkah. Ianya sangat praktikal dan mudah untuk diikuti.

Apa yang perlu anda lakukan, hanya ikut sahaja setiap langkah yang ditunjukkan!



123 Tips Jimat & Simpan Rm1000 sebulan dengan Mudah!

https://www.klikjer.com/members/idevaffiliate.php?id=8765_63_1_286

Duit Asyik Tak Cukup.... Atau Hanya Sekadar "Cukup-Cukup" Je Bila Sampai Hujung Bulan? Simpanan Pula Langsung Takde!

Adakah Anda Mahu Tahu, Bagaimana Cara Berjimat & Simpan Duit Hingga RM1,000 Sebulan? Mari Saya Tunjukkan Anda Bagaimana Untuk Melakukannya...

Kepada para sahabat yang sedang pening mengatur kewangan
Assalammualaikum & salam sejahtera!
Terlebih dahulu, izinkan saya memperkenalkan diri...
Saya Zahid... saya kini menetap di Gombak dan bekerja di sebuah agensi kerajaan yang terletak di tengah-tengah bandar Kuala Lumpur. Kehidupan di bandar sememangnya sangat mencabar. Lebih-lebih lagi bila cerita pasal bab kewangan.
Dengan kos sara hidup yang tinggi.. ditambah pula dengan kos tol, parking serta harga minyak yang selalu meningkat saban minggu. Ianya memerlukan saya betul-betul mengatur kewangan dengan sebaik mungkin.
Saya hanyalah pekerja biasa yang bergaji sekitar RM3,000 sahaja. Walaupun ianya nampak besar bagi sesetengah orang, tetapi, untuk kehidupan di bandar, pendapatan sebegitu adalah termasuk di dalam kategori miskin bandar.
Isteri saya pula tidak bekerja, bagi saya, perihal beban kewangan, biarlah saya sebagai suami yang tanggung sepenuhnya, manakala isteri pula memberikan tumpuan sepenuhnya menjaga dan mendidik 2 orang cahaya mata kami. Apatah lagi akhlak sebahagian remaja di bandar sangat merisaukan jika terdedah tanpa pengawasan ibu bapa.

Setiap Bulan, Duit Asyik Tak Cukup!

Walaupun saya telah sedaya upaya mengatur kewangan dengan sebaik mungkin, namun, boleh dikatakan, hampir setiap bulan... ada saja perkara-perkara yang diluar jangka berlaku!
Kereta rosak, kena saman trafik, anak sakit, peti ais rosak, hal-hal kecemasan dan terpaksa pulang ke kampung, bos hantar kerja outstation (walaupun boleh claim, tapi terpaksa guna duit sendiri dahulu).
Perkara-perkara sebegini menyebabkan peruntukkan perbelanjaan bulanan saya terganggu sehingga menyebabkan, saya terpaksa korek semula simpanan yang ada pada setiap bulan. Duit yang diperuntukkan untuk di simpan.. hanya dapat simpan sekejap sahaja, lepas tu, terpaksa keluarkan semula! Kalau tidak, dapur tak berasap dan anak tiada pampers dan susu!

Pernah Juga Cuba Buat Kerja & Bisnes Sambilan.....

Pernah juga saya mencuba-cuba untuk buat bisnes online secara sambilan, cuba-cuba jual barang kat mudah.my... buat dropship sikit, affiliate sikit dan beberapa lagi... ada lah juga dapat hasil sikit... tapi tak banyak. Mungkin disebabkan komitmen yang diberikan tidak begitu banyak dan mantap!.
Maklumlah, saya sering balik lewat, kadangkala, perlu outstation pula pada hari minggu atas urusan kerja.
Jadi, masa yang ada untuk buat kerja-kerja lain agak terhad.

Terfikir Nak Pinjam Ah Long....!

Pernah satu hari... wang di dalam dompet hanya tinggal RM30 sahaja dan gaji akan masuk 3 hari lagi. Saya betul-betul berharap, untuk tempoh 3 hari tersebut, tiada perkara-perkara yang di luar jangka akan berlaku.
Bila difikir-fikirkan, hampir begitulah kehidupan saya setiap bulan... asal tiba sahaja hujung bulan, duit dalam dompet sekadar cukup-cukup sahaja! Jika ada berlaku hal-hal kecemasan yang melibatkan wang! Nak tak nak, saya terpaksa keluarkan semula duit dari tabung haji ataupun pinjam duit dari kawan-kawan.
Pernah juga terlintas di fikiran saya untuk pinjam duit dari Ah Long.... tapi Alhamdulillah, saya belum sampai ke tahap sebegitu lagi.

Rasa Bengang & Nak Marah...!

Bila lihat harga minyak naik! Harga tol naik! Harga gula naik! Harga minyak masak pun naik!
Saya rasa macam nak marah sangat...! Tapi tidak tahu nak marah kepada siapa!
Nak marah bangla yang jaga pam kat stesyen minyak? Bukan dia yang tentukan harga minyak!
Nak marah awek yang jaga tol? Dia cuma kerja je.. tol tu bukan dia yang punya!
Nak marah cashier kat kedai runcit sebab gula & minyak naik harga? Mereka pun hanya bekerja kat situ je, bukannya mereka yang kawal harga minyak dan gula!
Jadi... nak marah siapa?.....

Lama Saya Termenung...

Bila difikir-fikirkan semula... memang saya tak boleh nak marah siapa-siapa!
Satu-satunya orang yang boleh saya marahkan.. ialah diri saya sendiri!
Semuanya salah saya sendiri.... saya yang tak kerja & cari pendapatan sungguh-sungguh! saya yang tak simpan duit! Saya yang tak kawal perbelanjaan saya betul-betul!
Sememangnya.. apa sahaja yang berlaku di sekeliling kita, seperti... harga minyak naik! harga tol naik! harga barang naik!....
Semuanya adalah di luar kawalan kita! Kita tidak boleh nak kawal perkara tersebut!
Satu-satunya benda yang boleh kita kawal... adalah diri kita sendiri!
Bagaimana kita mengurus dan mengeluarkan setiap helai duit di dalam dompet kita.. itulah perkara yang boleh kita kawal!

Mula Ubah Cara Hidup!

Disebabkan itu... maka, saya mengambil keputusan untuk mula mengubah cara hidup saya dengan lebih berjimat cermat.
Saya mula membaca pelbagai artikel, buku serta majalah berkaitan pengurusan kewangan. Malah, saya juga banyak berbual dan menerima banyak tips-tips yang praktikal dari kawan-kawan serta jiran-jiran tentang hidup berjimat cermat.
Banyak tips-tips yang saya perolehi itu, saya amalkan!
Alhamdulillah.. ianya menjadi dan memberikan hasil yang positif!
Setelah beberapa bulan saya amalkan tips-tips berjimat cermat yang saya perolehi dari pelbagai sumber tersebut! Saya mula dapat mengekalkan wang yang di simpan! (tidak lagi perlu korek semula)
Malah, apabila tiba hujung bulan, iaitu sebelum hari gaji! Saya masih lagi ada mempunyai wang di dalam dompet!

Hidup Lebih Tenang!

Saya kini rasa lebih tenang! Tidak lagi rasa tension dan nak marah-marah bila lihat harga minyak naik setiap minggu!
Bila nak balik kampung juga, saya sudah tidak rasa begitu tertekan seperti sebelum ini yang mana, apabila setiap kali mahu pulang ke kampung, mata asyik terbayang-bayang duit melayang sebab nak bayar kos minyak dan tol!
Duit simpanan di dalam bank juga semakin bertambah, walaupun pertambahan itu sedikit, namun ianya konsisten dan tidak lagi seperti sebelum ini yang asyik "masuk-keluar-masuk-keluar" sahaja.

Saya Terfikir...

Apabila saya mula nampak perubahan yang positif di dalam hidup saya!
Saya terfikir... alangkah baiknya jika saya dapat kongsikan ilmu tentang berjmat-cermat ini dengan orang lain! Saya pasti, ramai yang mengalami masalah yang sama seperti mana yang pernah saya alami!
Akhirnya... timbul di fikiran saya untuk menulis dan mencatatkan semua ilmu, tips serta pengalaman saya tentang hidup berjimat-cermat ini menjadi sebuah ebook! Saya percaya, tips-tips yang saya tuliskan di dalam ebook ini, serba sedikit akan dapat membantu dan mengubah kedudukan kewangan orang lain yang membacanya.
Maka.. dengan itu... terhasillah sebuah ebook...

123 Tips Mudah Berjimat Cermat Yang Mampu Membantu Anda Dalam Mengawal Kewangan Anda Dengan Lebih Berkesan






MYCYBER BookCafe Sale